Thursday 27 November 2025, 10:00am - 12:00pm
Hits : 130
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
UNDANGAN KE JBPU WEBINAR SIRI 6/2025 : PERSPEKTIF DAN ETIKA KEWARTAWAANAN DI MALAYSIA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa & Pengajian Umum (JBPU), Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP akan menganjurkan Program Webinar bertajuk Perspektif dan Etika Kewartawanan di Malaysia secara dalam talian seperti berikut:
Tarikh : 27 November 2025 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi-12.00 tengahari
Panel : Dr. Ahmad Fahmi Mahamood
Pensyarah Kanan
Jabatan Komunikasi
Fakulti Perniagaan & Komunikasi
Moderator : En. Ahmad Hifzurrahman Ridzuan
Pensyarah (Inggeris)
Jabatan Bahasa & Pengajian Umum
Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP
3. Sehubungan dengan itu YBhg. Dato’/Datuk/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan adalah diundang untuk mengikuti program seperti yang telah dijadualkan. Kehadiran dalam program tersebut akan dikira sebagai 1 (satu) hari berkursus dan e-sijil juga disediakan.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan diucapkan terima kasih.
Sekian,
Yang Menjalankan Tugas
AJK Hebahan Webinar 2025